SUDI Tailor menawarkan perkhidmatan menjahit Coat, Blazer, No 1 Dress, Bush Jacket, Jubah Konvokesyen, unit pakaian seragam, seluar dan lain-lain. SUDI semakin serius menjalankan perniagaan jahitan ini apabila ramai di antara pelanggan kami memberi pujian serta sokongan tentang produk jahitan kami yang bermutu. SUDI kini telah mula menerima lebih banyak tawaran kerja daripada syarikat-syarikat dan pembekal pakaian yang lain.
SUDI semakin mendapat kepercayaan daripada syarikat induk, untuk melaksanakan kerja-kerja yang lebih mencabar . Dengan pengalaman dan kemahiran yang ada, kami tidak ketinggalan untuk menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing. Prestasi yang cemerlang sepanjang perkhidmatan memberi ruang yang luas kepada SUDI untuk terus melakar kejayaan. Dari saat anda membaca page ini SUDI Tailor bersama kumpulannya telah mengorak langkah melakukan sebuah transformasi untuk menjadi sebagai sebuah syarikat yang berinovasi dalam industri pakaian dan membawa nilai-nilai insan kearah Tamadun Emas.
No comments:
Post a Comment